Bantuan STR Fasa 4 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat. Ramai yang telah menerima bayaran ke akaun bank BSN.
Bayaran STR Fasa 4 diumumkan akan disalurkan secara berperingkat bermula 7 November 2023 ini. Namun, ramai telah mendakwa bayaran tersebut telahpun dikreditkan ke akaun mereka sebelum dari tarikh yang telah dijadualkan.
BAYARAN TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN BSN
Sumbangan Tunai Rahmah yang bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan ekonomi. Ianya merupakan bantuan tunai fasa akhir bagi tahun 2023 untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bagi tahun 2023 ini.
Melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, terdapat segelintir rakyat Malaysia mendakwa bahawa bayaran Fasa 4 ini telah mula dikreditkan ke akaun mereka.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Bayaran fasa akhir ini akan mula disalurkan secara berperingkan bermula :
- 7 NOVEMBER 2023
SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN STR FASA 4
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 1 November 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
MAKLUMAT LANJUT BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan),
ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.qov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semakan status pembayaran dan kelulusan Rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.