Elaun Sara Hidup untuk pelajar dinaikkan. Elaun ini bagi pelajar baharu dan sedia ada di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula tahun depan.
Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan kadar ESH itu akan memanfaatkan seramai 24,729 pelajar berkenaan untuk melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara di bawah Program Penajaan KPT dan akan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM30.78 juta.
“Kerajaan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan pelajar tajaan dan serius membantu menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi,” jelasnya.
“Kenaikan kadar ESH ini akan berkuat kuasa mulai 2024,” katanya.
kadar ESH sebanyak RM100 sebulan kepada pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara, katanya.
Kenaikan itu melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang institut pengajian tinggi (IPT), Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Program MyBrain 2.0, katanya.
Kadar Kenaikan
- Kenaikan 15%
- RM100 sebulan
Elaun Sara Hidup diseragamkan kepada 1 kadar mengikut peringkat pengajian.
- Diploma RM730
- Sarjana Muda RM800
- Sarjana & Phd RM1000
Pelajar dermasiswa dan biasiswa dalam negara turut diperluaskan kepada pelajar B40 dan OKU.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.