E-Dompet RM300 telah disalurkan ke akaun penerima yang layak. Sila baca maklumat lanjut untuk ketahui bantuan ini.
Bantuan sebanyak RM300 berbentuk e-dompet ini akan disalurkan setiap bulan. Sekiranya anda antara individu yang layak, anda akan terima bayaran RM300 sebulan bersamaan RM3600 untuk tempoh 1 tahun.
E-Dompet RM300 BINGKAS
Bantuan e-Dompet BINGKAS atau lebih dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah bantuan dalam bentuk e-Dompet dan diberi sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada rakyat Selangor berkelayakan.
BINGKAS bertujuan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak penyakit.
Bagi penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, BINGKAS boleh dimohon secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.
Pemohon seterusnya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Penerima BINGKAS yang layak dan telah menerima kredit e-Dompet RM300 kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS. Untuk tatacara lengkap cara menggunakannya:
- sla rujuk DI SINI.
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.