Bantuan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor bertujuan untuk menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.
Dengan bantuan pinjaman ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.
Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan.
Syarat Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor
- Lahir dan menetap di Johor;
- Mendapat tawaran kemasukan / sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
- Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
- PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Keutamaan diberikan kepada yang tiada tajaan.
Tarikh Permohonan Yayasan Pelajaran Johor 2023
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 17 September hingga 30 September 2023.
Cara Permohonan
Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-
- LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di pautan berikut: http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/
- LANGKAH 2: Mencetak slip permohonan
- LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan
- LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
- LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon
- LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Lain-lain Dokumen Berkaitan
Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.
Maklumat Lanjut
Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor di saluran berikut:
Aplikasi Whatsapp
- Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
- Aduan Pelanggan: 013-7411 355
- Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
- Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753
Emel Rasmi
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Please help me