Duta Komuniti akan mendidik masyarakat mematuhi Standard Operation Procedures (SOP) dan garis panduan seiring dengan penekanan kepada pemerkasaan komuniti secara berhemah mengikut tatacara yang sesuai.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah penyelaras Duta Komuniti yang disertai oleh 10 Kementerian untuk mengembleng pelbagai komuniti untuk turun padang memastikan fasa peralihan ke endemik berjalan dengan selamat.
Kementerian yang terbabit termasuk adalah:
- Kementerian Kesihatan (KKM),
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
- Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Pengangkutan (MOT),
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS),
- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Apakah Duta Komuniti
Bermula dari 1 hingga 30 April 2022 Fasa Pertama Program Duta Komuniti akan dilaksanakan, manakala Fasa Kedua dari 1 Mei hingga 30 Jun 2022, dan mengikut kesusaian keadaan Fasa Ketiga akan di laksanakan dari 1 Julai hingga 30 September 2022.
Pelantikan Duta Komuniti akan dibuat secara rasmi oleh kerajaan dengan penglibatan secara sukarela dan akan dibekalkan dengan manual tanggungjawab sebagai Duta Komuniti serta aksesori khas bagi tujuan pengenalan.
Sebanyak 30,000 Duta Komuniti akan dilantik yang akan berperanan memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi oleh komuniti sepanjang tempoh transisi ke fasa endemik.
Duta Komuniti akan memastikan maklumat yang disampaikan kepada komuniti adalah tepat, terkini dan efektif dengan cara penyampaian yang bernada lembut, berhemah dan bersopan santun dalam membuat teguran.
Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuan Haji Musa, Menteri Komunikasi Dan Media dalam sidang media baru-baru ini berkata mengenai program duta tersebut:
- K-KOMM adalah penyelaras program Duta Komuniti yang di sertai oleh 10 kementerian dalam mengembleng pelbagai komuniti untuk turun padang memastikan fasa peralihan ke endemik berjalan dengan selamat.
- Duta Komuniti adalah usaha rakyat untuk rakyat. Perkasakan pembudayaan kawalan kendiri.
- Program Duta Komuniti adalah program duta berhemah berasaskan semangat kesukarelaan selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan usaha pembudayaan kawalan kendiri oleh komuniti semasa peralihan ke fasa endemik dengan lancar.
- Duta Komuniti akan mendidik masyarakat mematuhi prosedur operasi (SOP) dan garis panduan seiring dengan pemerkasaan komuniti secara berhemah mengikuti tatacara yang sesuai.
- Bagi mencapai impak secara menyeluruh kepada semua kumpulan sasar, K-KOMM mengalu-alukan sokongan masyarakat yang berkelayakan menjadi Duta Komuniti untuk memberikan sokongan kepada program ini dengan mengikut semua SOP sedia ada.
- Semua pihak masyarakat termasuk luar bandar di ajak sertai program Duta Komuniti.
Maklumat tentang penerima vaksin Sinovac
Bermula 1 April 2022, penerima vaksin Sinovac yang berumur 18 tahun dan keatas, dan warga emas berumur 60 tahun dan keatas yang menerima semua jenis vaksin.
Status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bagi dua kategori tersebut akan bertukar menjadi “Tidak Lengkap Vaksinasi”.
Ini sekiranya dua kategori di atas tersebut tidak mengambil dos penggalak vaksin.
Pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan SARS-CoV-2.
Dapatkan dos penggalak anda di PPV yang terdekat, layari https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mengetahui senarai PPV yang terdekat dengan anda.
Anda boleh membuat tempahan vaksinasi melalui MySejahtera atau secara walk-in di PPV berdekatan. Klik pautan dibawah untuk melihat senarai PPV yang boleh anda kunjungi.
Dos penggalak mampu memberikan perlindungan yang optimum terhadap risiko jangkitan COVID-19 yang lebih teruk.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan hal tersebut melalui portal sosial media Facebook mereka.
Penukaran status ini tidak melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima dos lengkap jenis vaksin yang lain, contohnya adalah Pfizer, AstraZeneca, CanSino.
Bagi warga emas yang tidak dapat datang ke PPV, perkhidmatan vaksinasi ke rumah warga emas di sediakan bagi memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak.
Dalam berita astro awani, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah.
Program itu dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan dengan masalah logistik.
Pendaftaran bagi perkhidmatan tersebut boleh dibuat melalui talian penting nasional untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari mulai 28 Mac dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan anda akan menerima maklum balas dalam masa satu hingga tiga hari.
Dikongsikan cara-cara untuk memohon pendaftaran vaksinasi di rumah:
- Dial 1700-811-007
- WhatsApp 0126787911
- Mohon vaksinasi di rumah melalui MySejahtera
Mereka juga boleh mendaftar perkhidmatan ini melalui laman sesawang ProtecHeath.
Bagi yang mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera, sila ikuti tatacara tutorial di bawah.
- Pergi ke helpdesk
- Klik pilihan A – temu janji vaksinasi penggalak
- Klik pilihan C – Saya / tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksinasi di rumah
Perkhidmatan ini adalah usahasama dan kerjasama antara ProtecHealth dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dalam menyeru warganegara dan bukan warganegara Malaysia mendaftarkan tanggungan warga emas mereka yang tidak dapat hadir ke Pusat Pemberian Vaksin PPV.
Di harapkan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pembaca mynewskini.
Perkongsian ini adalah untuk memberi informasi yang di sediakan oleh kementerian kesihatan untuk masyarakat. Pihak kami tidak terlibat dengan agensi kerajaan mahupun NGO.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.