Tebus e-Dompet sebelum tarikh tutup pada bulan ini. E-Dompet ini bernilai RM200 dan hanya yang berkelayakan sahaja akan layak menebus e-dompet ini.
Untuk makluman umum, bantuan kredit digital percuma ini telah mula ditebus pada 26 Jun 2023 yang lalu menerusi bantuan e-dompet 2023.
Program bantuan e-dompet 2023 ini, merupakan salah satu inisiatif bantuan yang disediakan Kerajaan dengan memberikan bantuan kredit digital percuma untuk golongan belia bujang dalam Kumpulan B40 dan M40 di negara ini.
TEBUS E-DOMPET RM200
E-tunai Belia Rahmah adalah inisiatif berjumlah RM200 di bawah Kementerian Kewangan yang tujuannya adalah untuk meringankan bebanan kewangan dan juga membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam golongan belia Malaysia.
Bantuan E-tunai Belia Rahmah ini menyasarkan kepada golongan belia yang berumur 18-20 tahun ataupun penuntut Institusi Pengajaran Tinggi (IPT) yang berkelayakan untuk bantuan ini.
TARIKH TEBUS DAN TARIKH TUTUP
TEMPOH PENDAFTARAN/TUNTUTAN
- Tarikh Mula : 26 Ogos 2023
- Tarikh Tutup : 22 Ogos 2023
PENEBUSAN KREDIT
Bagi penebusan kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga :
- 31 Ogos 2023
PERMOHONAN BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH
Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah yang tertera berikut:
- Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dilakukan dengan memuat turun salah satu platform e-dompet yang berikut daripada Apple Store, Google Playstore, ataupun Huawei AppGallery :
- Boost
- Setel
- Touch ‘n Go eWallet
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eTunai Belia Rahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
Penerima yang berkelayakan hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk kepada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-DOMPET
Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan E-Tunai Belia Rahmah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (Lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
- Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma ataupun SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian yang berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
- Kementerian Pendidikan Tinggi;
- Kementerian Pendidikan;
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
- Kementerian Pertahanan;
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
- Kementerian Belia dan Sukan;
- Kementerian Sumber Manusia;
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai E-Belia Rahmah, sila layari laman sesawang Bajet Menteri Kewangan di pautan berikut:
- KLIK DISINI: LAMAN SESAWANG BAJET MENTERI KEWANGAN
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
e-dompet