E-Tunai RM100 untuk golongan dewasa akan diberikan, hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media semalam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini (27 Julai 2023)
Sumber artikel: Berita Harian
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Mcmne nk mohon