Rasmi : Tarikh Bayaran STR Tambahan RM600 Telah Diumumkan oleh kerajaan melalui belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga Fasa 3 telahpun dilaksanakan baru-baru ini.
Manakala STR Tambahan akan diagihkan kepada penerima tidak lama lagi, STR Tambahan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.
STR Tambahan Sumbangan Asas Rahmah
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sumbangan bakul makanan yang diberikan kepada penerima STR yang berada dalam kategori miskin tegar.
Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas berjumlah RM600 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan ini akan diberikan kepada penerima bantuan STR yang tergolong dalam kategori miskin tegar di bawah sistem e-Kasih.
Program ini memberikan bantuan tambahan kepada keluarga dengan pendapatan yang rendah dan bilangan anak yang berbeza-beza.
Kelayakan Penerima SARA 2023
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)@STR Tambahan berjumlah RM600 ini di khususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar sahaja.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
Tarikh Bantuan SARA 2023
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023 seperti di bawah:
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang berminat ingin mengetahui lebih lagi berkenaan Sumbangan Asas Rahmeh ini anda boleh pergi ke laman rasmi STR untuk mendapatkan maklumat tambahan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.