Bantuan Musim Tengkujuh 2023 Kemaskini Sebelum Permohonan Ditutup. Bantuan Musim Tengkujuh atau singkatannya BMT adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan atau mengurangkan beban kewangan pekebun kecil, penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh.
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 BMT
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
KADAR BANTUAN
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).
CARA MEMOHON DAN KEMASKINI
- Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
- Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
- Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
- Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN
- Bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
SYARAT KELAYAKAN
- 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.