Bantuan Keluarga Malaysia BKM merupakan bantuan daripada kerajaan Malaysia yang menggantikan bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
BKM adalah bantuan tunai yang disalurkan kepada rakyat melalui bank ataupun tunai bagi sesiapa yang tiada akaun bank.
Tujuan utama BKM ialah mengurangkan beban kos sara hidup bagi golongan B40 dan golongan yang berpendapatan rendah.
Pada Januari lalu, rakyat diminta untuk mengemaskini data peribadi untuk kelayakan BKM melalui laman portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tarikh tutup kemaskini data adalah 31 Januari 2022.
Pada 20 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran BKM itu membabitkan 8.6 juta penerima.
Untuk makluman umum, pembayaran fasa satu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diagihkan secara berperingkat mulai 28 Mac ini dan dianggarkan bernilai hampir RM2 bilion.
Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), dan golongan yang layak seharusnya menerima BKM, penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀⠀
Gambar rajah dibawah merupakan perkongsian dan info tarikh pemberian BKM, dimana ia adalah ucapan Perdana Menteri mengenai BKM:
Perdana Menteri berkata, penerima BKM itu akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Manakala, penerima BKM untuk isi rumah, warga emas dan individu bujang dibayar pada 28 Mac hingga 8 April ini yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, tarikh pembayaran pada 30 Mac ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dimana, bagi kategori penerima yang tidak mempunyai akaun bank, BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.
Ucapan ringkasan Perdana Menteri:
- BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
- Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut Ramadan 1443 Hijrah.
- Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei tahun ini untuk tempoh sebulan.
- Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
Tarikh pembayaran BKM Fasa 1
Jenis Penerima: Isi rumah, warga emas dan individu bujang.
Tarikh pembayaran: mulai 28 Mac 2022 – 8 April 2022
Cara Pembayaran: terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
Jenis penerima: Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)
Tarikh pembayaran: Bermula 30 Mac 2022
Cara pembayaran: Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), pihak bank akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa
Para pemohon BKM boleh membuat semakan kelulusan BKM mulai 28 Mac 2022 melalui pautan rasmi https://bkm.hasil.gov.my
Contoh cara semak BKM
- Sila log masuk ke portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan adalah kepunyaan anda.
- Masukkan Kata Laluan/Password akaun myBKM anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal Online Bantuan Keluarga Malaysia.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.