Rasmi! STR Fasa 3 pembayaran bermula 26 Jun 2023, Portal Lembaga HASIL Dalam Negeri telah mengumumkan hal ini pada sosial media mereka.
Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 3(STR 3) mulai 26 Jun 2023.
“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut.
Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan Apri lepas. Ketigatiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023. Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023
Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023.
Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR boleh dilayari Portal Rasmi
STR FASA 3 PEMBAYARAN MULAI 26 JUN 2023
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Terbaru, Lembaga HASIL Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa 3 akan dilaksanakan pada :
- 26 Jun 2023
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 3 bagi penerima yang layak. Sila rujuk jadual di bawah.
MAKLUMAT LANJUT
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim STR 2023
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 2
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.