Pada tahun 2019, National Health Morbidity Survey telah membuat kajian dan melaporkan 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia tidak aktif secara fizikal.
Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memainkan peranan dengan menggalakkan rakyat Malaysia bersenam secara fizikal agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit daan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser-kanser yang memudaratkan diri.
Dengan mengekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa aktif dalam bentuk fizikal boleh membantu mengurangkan risiko kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara dan kanser ovari.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu.
Aktiviti fizikal dan bersenam dengan kerap telah terbukti dapat mencegah dan mengurangkan risiko daripada terkena penyakit-penyakit tidak berjangkit.
Selain daripada kanser-kanser yang disebut di atas, aktviti fizikal juga membantu mencegah daripada terkena darah tinggi, diabetis, berat badan berlebihan sekaligus dapat mengekalkan kualiti kesihatan yang bagus, termasuklah kesihatan mental.
Antara senaman yang disarankan kepada setiap orang dewasa adalah melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman berintensiti sederhana setiap minggu seperti berjalan laju, berjoging, berenang atau berbasikal, atau 75 minit senaman ‘berintensiti tinggi’ seperti berlari atau sukan berpasukan.
Faedah Senaman Berjalan
Berdasarkan sumber dari NHMS 2019, yang mengatakan 1 daripada 4 orang dewasa tidak aktif secara fizikal. Amalan tidak aktif ini mendorong kepada terkena risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit seperti diabetis, obesiti dan kardiovaskular.
Tahukah anda bahawa senaman berjalan adalah senaman yang mudah. Ia adalah percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja, serta boleh dilakukan di mana-mana tempat.
Dengan melakukan senaman berjalan ini, ia dapat memberi manfaat yang hebat kepada tahap kecergasan diri.
Senaman berjalan juga mampu meningkatkan paras hormon endorphin yang boleh meningkatkan perasaan seseorang individu itu kepada perasaan yang riang.
Lakukan senaman berjalan selama 30 minit sehari, anda akan manfaat seperti mengurangkan berat badan, meningkatkan paras hormon endorphin, menguatkan tulang dan otot, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengurangkan risiko penyakit diabetis.
Mereka yang selalu bersenam juga akan dapat meningkatkan jangka hayat dan mengelakkan kecederaan.
Dengan melakukan senaman yang kerap, manfaat-manfaat yang akan diterima termasuklah kekuatan otot yang baik, ketumpatan tulang yang baik, fleksibiliti dan stabiliti yang baik.
Selain itu, mereka yang kerap bersenam juga akan dapat mengekalkan berat badan yang sihat.
RINGKASAN LAIN KEBAIKAN SENAMAN
- Meningkatkan kecergasan fizikal
- Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Mempertingkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan
- Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes
- Mengekalkan berat badan ideal
- Meningkatkan ketumpatan tulang
- Meningkatkan fungsi kognitif
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, amalkan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu, faktor utama adalah mengekalkan kehidupan yang lebih sihat serta senaman diri mampu mengelakkan risiko penyakit tidak berjangkit.
Kesihatan mental juga penting untuk dijaga, dengan pandemik Covid-19 yang telah kita lalui ini, terdapat pelbagai trauma yang mengganggu mental sesetengah orang. Maka amalkan senaman untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.