Semakan & Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM200. Untuk pengetahuan Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini.
Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.
Apa yang menarik mengenai e-Tunai tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.
E-Tunai Belia Rahmah
E-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.
e-Tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Sebelum ini bantuan ini dinamakan eBelia bagi tahun 2021 dan ePemula pada tahun 2022.
Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Belia rahmah akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-wallet kepada yang layak:
- e-Tunai Belia Rahmah : RM200
Semakan & Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah
Semakan & tarikh bayaran e-Tunai Belia Rahmah untuk inisiatif ini bagi tahun 2023 belum diumumkan secara rasmi.
Namun begitu, jika dibandingkan dengan tahun, permohonan kredit epemula telah dibuka pada 11 April sehingga 1 Jun 2022.
Maka dijangkakan sebelum berakhir bulan Jun 2023, e-Tunai Belia Rahmah akan dilaksanakan.
Setelah berjaya dikreditkan, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, pada tarikh yang ditetapkan.
Selepas tarikh akhir ini, baki kredit tersebut yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet permohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Syarat Kelayakan
Buat masa ini, kerajaan belum lagi mengumumkan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023.
Namun begitu, jika dirujuk kepada bantuan ePemula tahun 2022, syarat umum adalah seperti berikut;
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Penyedia Perkhidmatan
Di jangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program e-dompet e-Tunai Belia Rahmah iaitu;
- BigPay;
- GrabPay;
- ShopeePay;
- Touch ‘n Go eWallet;
- Lain-lain yang mungkin diumumkan kelak
Pihak kami akan berkongsi dan mengemaskini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Tunai Belia Rahmah ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.