Permohonan e-Pengeluaran KWSP adalah salah satu jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
e-Pengeluaran KWSP : Panduan & Syarat Permohonan
E-Pengeluaran kwsp adalah pengeluaran secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
Sebenarnya pencarum dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Saluran Permohonan
- I-Akaun (Ahli) – Ahli yang berdaftar sebagai pengguna i-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.
- I-Akaun (Rakan Niaga) – ahli hadir ke premis Rakan Niaga KWSP untuk membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.
Daftar/kemaskini nombor telefon bimbit untuk penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) di kaunter/kios KWSP.
Jenis e-Pengeluaran KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
- Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan
Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran. Rujuk cara membuat pengeluaran – DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.