Bantuan Tunai RM150 untuk bujang akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Julai 2023.
Pembayaran ini adalah pembayaran Fasa Tiga Sumbangan Tunai Rahmah dan ini adalah pembayaran bantuan terakhir pada tahun ini untuk rakyat yang berstatus bujang.
BANTUAN TUNAI RM150 Untuk BUJANG
Untuk makluman umum, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah kategori bujang hanya akan diberikan pada fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 sahaja.
Bagi Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat (4) bagi kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran. Hanya isi rumah dan warga emas yang akan menerima bayaran tersebut.
Pemberian inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melibatkan 3 kategori kelayakan iaitu bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga). Jumlah bayaran adalah berbeza bergantung kelayakan dan jumlah bilangan tanggungan anak pemohon bagi kategori isi rumah.
Bagi kategori bujang, jadual bayaran dan kadar bayaran sumbangan tunai rahmah (bantuan tunai) pada tahun ini adalah seperti berikut :
- STR Fasa 1 (bujang) : Bermula Januari 2023 (RM100)
- STR Fasa 2 (bujang) : Bermula April 2023 (RM100)
- STR Fasa 3 (bujang) : Bermula Julai 2023 (RM150)
- STR Fasa 4 (bujang) : Bermula November 2023 (tiada bayaran)
Kaedah pembayaran:
- Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan
- Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
SEMAKAN STATUS STR BUJANG
Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran permohonan baru STR bagi kategori bujang, anda boleh membuat semakan status STR anda secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI untuk semakan status bayaran STR tahun ini.
MAKLUMAT LANJUT
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.