STR 2023 syarat kelayakan kategori Bujang untuk kadar RM350. Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian.
Sebanyak tiga kategori yang mendapat manfaat dalam pelaksanaan STR yang akan disalurkan ke akaun peribadi iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas yang tiada pasangan.
STR 2023 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Terbaru, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa 2 akan dilaksanakan pada :
- APRIL 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi yang diumumkan. DIJANGKAKAN, bayaran fasa kedua STR ini akan disalurkan sebelum Aidilfitri April nanti. Pihak mynewskini akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.
SYARAT KELAYAKAN STR 2023 (BUJANG)
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
1. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN STR 2023 (BUJANG)
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori ini :
Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)
- RM600
Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)
- RM350
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat mengenai bantuan tunai STR dan lebih lanjut tentang saluran pembayaran STR terkini, sila layari laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.