Semakan status STR Fasa 2 dan kategori kelayakan penerima bagi STR akan pihak Mynewskini kongsikan dalam halaman ini.
Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.
Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:
Proses Pembayaran
Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN
KATEGORI PENERIMA STR FASA 2
Berikut adalah kategori penerima yang layak pada STR Fasa 2 nanti :
KATEGORI ISI RUMAH
- Berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
- Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah
KATEGORI BUJANG
- Bujang belum berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda/ duda tidak mempunyai anak
- Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
- Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
Info : Kategori yang disebutkan diatas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.
SEMAKAN STR FASA 2 2023
Pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Cara Semak Status STR
Status kelayakan pembayaran STR Fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023. Manakala bagi STR Fasa 2 akan dikemaskini tidak lama lagi.
Masuk dan layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
- Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Maklumat Lanjut
Maklumat terkini dan lebih lanjut mengenai pembayaran STR terkini, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Encik saya ini sekeluarga mohon bila kah kami akan dapat wang bantuan str ini ….kerana kami memerlukan wang ringgit untuk membeli pakaian sekolah anak dan belanja untuk membeli barang makanan untukkeluarga saya ini….saya mohon agar di percepatkan sumbaggan ini