Pengeluaran Khas KWSP, rakyat yang masih terkesan dengan sumber ekonomi berharap dan menggesa agar Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan dengan berperingkat dan bersasar.
Semalam dari sumber berita Kosmo dan Malaysiakini, PM Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mencari jalan untuk membantu pekerja tanpa membebankan mereka apabila bersara.
Kerajaan Tetap Mencari Jalan
Kerajaan tetap berpendirian mencari jalan lain bagi membantu rakyat disebalik desakan pelbagai pihak berhubung pengeluaran khas sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memperjelaskan sebelum ini mengenai nasib dan masa depan pencarum KWSP khususnya yang telah mempunyai simpanan makin sedikit.
“Dulu kita diminta dikeluarkan, banyak dikeluarkan. Jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita.
“Dia (pencarum) ada RM5,000 ada RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi.
“Jadi, saya ingat liputan itu mesti adil, saya kalau ikut wang dia, biar dia keluar. Tetapi kalau tinggal RM5,000, keluar RM3,000 pencen lima tahun lagi, anak beranak semua, macam mana,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan sulung kerusi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), semalam.
“Tapi kalau wang dia tinggal RM5,000 (dalam KWSP), keluar RM3,000, pencen nanti dia anak beranak macam mana?” soal Anwar.
Jelas Anwar, kerajaan perlu pertimbangkan masa depan pencarum dan berusaha mencari jalan bagi mengurangkan beban rakyat tanpa menimbulkan beban selepas persaraan nanti.
Dalam perkembangan berlainan, beliau sekali lagi menegaskan keutamaan dalam Belanjawan 2023 nanti adalah adalah untuk tangani defisit, digital dan keterjaminan makanan, keselesaan rakyat dan masalah kos sara hidup.
Sumber: Kosmo!, Malaysiakini
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.