Bantuan Khas RM1500 kepada penjawat awam di Negeri Kelantan bakal disalurkan pada Januari ini.
Berita ini telah diumumkan pada bulan November 2022 yang lalu, di mana persidangan kerajaan negeri tersebut berlangsung dan berita gembira itu diumumkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bantuan itu akan diberi Januari 2023 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
“Sumbangan berkenaan diberi sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam mengurus tadbir negeri sehingga kewangan Kelantan mempunyai bajet lebihan selama lima tahun berturut-turut.
“Alhamdulillah sumber kewangan kerajaan Kelantan mencatat kedudukan yang amat baik sehingga berlaku lebihan wang selepas perbelanjaan selama lima tahun berturut-turut bermula 2014.
“Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta dan ia merupakan bantuan tertinggi yang pernah diberikan kerajaan negeri berikutan lebihan belanjawan dalam tempoh lima tahun berturut-turut.”
Diharapkan berita baik ini dan bantuan yang bakal di salurkan dapat meringankan beban sedikit sebanyak kepada penjawat awam di Negeri Kelantan, di samping rasa dihargai dengan sumbangan yang telah dilakukan kepada kerajaan negeri.
Sumber Artikel daripada Harakah Daily
Kadar Bantuan : RM1500 khas untuk penjawat awam di Negeri Kelantan
Tarikh disalurkan : Januari 2023
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.