Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019, 1 daripada 2 orang di Malaysia mempunyai berat badan obes atau berat badan berlebihan.
Apakah obesiti?
Obesiti adalah berat badan berlebihan meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti. Ia juga satu masalah kesihatan yang semakin berleluasa bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Obesiti juga adalah satu keadaan di mana berat badan melebihi tahap normal dan menjejaskan kesihatan seseorang. Jikalau berat badan melebihi 20% berat badan normal mereka dikatakan “obese.” Obesiti di kategorikan mengikut BMI ( Body Mass Index ). BMI adalah satu cara untuk mengukur berat badan mengikut ketinggian seseorang.
Ukuran Body Mass Index (BMI)
- Formula BMI : berat badan (kg)/(tinggi)2 (m)
- Berdasarkan formula ini ia dikategorikan dalam beberapa tahap, dan berbeza untuk lelaki dan wanita.
- Jikalau berat badan melebihi tahap normal, masalah – masalah kesihatan akan bertambah. Risiko untuk mendapatkan masalah – masalah seperti kencing manis ( diabetes ), strok (stroke), dan sakit jantung (heart attack ) akan bertambah.
BMI Wanita
- < 18.4 : kurang berat badan ( underweight )
- 18.5 – 24.9 : normal
- 25 – 29.9 : lebih berat badan ( overweight )
- > 30 : obese
BMI Lelaki
- < 18.4 : kurang berat badan ( underweight )
- 18.5 – 22.9 : normal
- 23 – 26.9 : lebih berat badan ( overweight )
- > 27 : obese
Penyebab Obesiti
Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada masalah obesiti dan antara faktor-faktor utama adalah seperti:
- Makanan. Pengambilan makanan secara berlebih-lebihan serta pengambilan diet yang tinggi kandungan lemak dan gula melebihi daripada jumlah yang diperlukan oleh seseorang itu dan kurangnya melakukan aktiviti-aktiviti senaman dan fizikal.
- Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
- Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
- Faktor keturunan. Sesetengah individu mempunyai faktor genetik yang menyebabkan mereka mudah mendapat kenaikan berat badan dan menjadi obes
- Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
- Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
- Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
- Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Obesiti adalah satu masalah yang menjejaskan kesihatan seseorang dan menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti:
- Masalah lemak berlebihan dalam darah dan kolesterol yang tinggi (High triglycerides and low high-density lipoprotein (HDL) cholesterol)
- Kencing manis (Type 2 diabetes)
- Masalah darah tinggi (High blood pressure)
- Sindrome X (Metabolic syndrome — a combination of high blood sugar, high blood pressure, high triglycerides and low HDL cholesterol)
- Sakit Jantung (Heart disease)
- Strok (Stroke)
- Kanser (Cancer, including cancer of the uterus, cervix, endometrium, ovaries, breast, colon, rectum, esophagus, liver, gallbladder, pancreas, kidney and prostate)
- masalah pernafasan
- Masalah hempedu (Gallbladder disease)
- Kesukaran mengandung (Gynecological problems, such as infertility and irregular periods)
- Masalah lelaki (seksual dan batin)
- Masalah hati (Nonalcoholic fatty liver disease, a condition in which fat builds up in the liver and can cause inflammation or scarring)
- Sakit tulang (Osteoarthritis)
Selain daripada itu obesiti berat berlebihan juga akan meningkatkan risiko kanser berikut:
- Usus besar
- Tiriod
- Payudara
- Pundi hempedu
- Pankreas
- Meningioma (otak)
- Ovari
- Buah pinggang
- Perut
- Esofagus
- Rahim
- Hati
- Multiple myeloma (darah)
Obesiti sememangnya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi seseorang. Perubahan diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya.
Pencegahan obesiti
- Bersenam selalu: Anda harus bersenam sekurang – kurangnya 30 – 60 minit setiap hari untuk mengelak berat badan naik. Senaman anda harus tahap berada di tahap sederhana. Senaman digalakkan seperti berjoging.
- Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang: Anda harus makan makanan yang kurang kalori dan ada nutrisi yang lebih. Elak makanan berlemak dan kurangkan makanan manis, tinggi gula dan beralkohol.
- Elak situasi dimana anda akan makan berlebihan: Anda harus menetapkan tahap selera anda, sekiranya hampir kenyang maka berhenti makan untuk hadkan pengambilan kalori.
- Makan sayur, buah dan serat. Makanlah makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tinggi serat kerana ini adalah diet yang terbaik untuk mengelakkan obesiti.
Ringkasan tips menurunkan berat badan:
- Lakukan aktiviti fizikal selama 30-60minit sehari
- Tetapkan corak permakanan yang seimbang
- Berhenti sebelum kenyang dan hadkan pengambilan kalori
- Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, permanis dan garam
- Lebihkan pengambilan sayur, buah dan serat
Sumber rujukan: Public Health (IKU) 2020, National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.