Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan skim kesihatan terbaru yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka yang berada di golongan berpendapatan rendah iaitu Skim Peduli Kesihatan kumpulan B40 (Peka B40).
APAKAH PEKA B40
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40.
PeKa B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.
MANFAAT PEKA B40
Manfaat yang diberikan kepada golongan yang layak mendapat PeKa B40 ini, antaranya:
- Saringan kesihatan percuma
- Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
- Insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000)
- Insenftif tambang pengangkutan (RM1,000)
Tiada pendaftaran diperlukan untuk skim PeKa B40 ini, Sebaliknya hanya perlu melayari laman sesawang www.pekab40.com.my untuk menyemak kelayakan.
Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
- Langkah 1 : Semak kelayakan.
- Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
- Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
- Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Lihat dapatkan info lebih lanjut sila layar portal di laman rasmi PEKA B40.
Kelayakan Peka B40
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Orang ramai diseru untuk sebarkan kepada ahli keluarga yang berumur 40 tahun keatas bagi dapat manfaat yang disediakan Peka B40 ini.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.