BANTUAN SARA 2025 TARIKH KREDIT – Bantuan ini akan diberikan sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini akan diberikan kepada penerima STR.
Table of Contents
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program
Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.
Tarikh Pengagihan SARA
Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
- Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (Bukan eKasih) – Bermula April 2025
BANTUAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAK STATUS LULUS PENERIMA BANTUAN SARA
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
- Isi Rumah – RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Bujang – RM600 (RM50 Sebulan)
Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
- Isi Rumah – RM900 (RM100 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 Sebulan)
KAEDAH PENYALURAN MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025
Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia – Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. - Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Pengagihan melalui pengkreditan
ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras / Telur / Minyak masak
- Roti / Tepung / Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.