Kebanyakan ibu bapa menampal pelekat ‘Baby On Board’ di cermin belakang kenderaan mereka untuk menunjukkan ada anak kecil di dalam kereta.
Namun, ramai yang tidak menyangka bahawa tujuan utama pelekat ini bukan sekadar memberi peringatan kepada pemandu lain supaya lebih berhati-hati.
Menurut pakar pemanduan @pentagrammotorsport, yang berkongsi fakta ini di TikTok, pelekat tersebut sebenarnya adalah isyarat untuk pasukan kecemasan.
“Pelekat ini bukan untuk memberitahu pemandu lain yang pemanduan anda mungkin terganggu kerana bayi/kanak-kanak, tetapi untuk memaklumkan pasukan kecemasan jika ada bayi yang perlu diselamatkan jika terbabit dalam kemalangan,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan, tindakan membiarkan pelekat itu kekal di cermin belakang walaupun bayi tiada di dalam kereta boleh mengelirukan pasukan kecemasan.
“Jika pelekat masih ada tetapi, bayi tiada dalam kereta, pasukan kecemasan mungkin membuang masa mencari bayi yang sebenarnya berada di rumah,” tambahnya.
Reaksi orang ramai dan pasukan kecemasan
Pendedahan ini mengejutkan ramai pengguna media sosial. Ada yang menganggap pelekat itu hanya untuk memberi amaran kepada pemandu lain supaya lebih berhati-hati, sementara yang lain mengakui mereka masih menggunakan tanda tersebut walaupun anak mereka sudah besar.
Seorang paramedik berkongsi pengalaman bahawa pelekat ini boleh menyebabkan pasukan kecemasan panik kerana terpaksa mencari bayi yang sebenarnya berada dalam keadaan selamat di rumah.
Sementara itu, seorang anggota bomba pula menyatakan, penyalahgunaan pelekat itu boleh mengundang risiko.
Ini kerana mereka pernah menyelongkar serpihan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan untuk mencari bayi selepas melihat pelekat tersebut. Tetapi rupa-rupanya bayi tersebut berada di hospital bersama ibu bapanya.
Pelekat ini dipercayai dicipta pada tahun 1984 oleh Michael Lerner, seorang bekas pelabur hartanah dari Amerika Syarikat. Lerner mendapat idea tersebut selepas pengalaman memandu bersama anak saudaranya yang berusia 18 bulan.
Beliau bekerjasama dengan Patricia dan Helen Bradley untuk mempromosikan pelekat ini melalui syarikat Safety 1st, yang berjaya menjual 10,000 unit dalam bulan pertama. – Sumber penulisan Thereporter.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.